Persatuan Cinta Syria Malaysia

  • Selangor, Malaysia, 8-19-2, Jln Medan Pusat Bandar 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan View on Map

Overview

  • Sectors Others
  • Posted Jobs 0

Company Description

Persatuan Cinta Syria Malaysia atau lebih dikenali sebagai Cinta Syria Malaysia-CSM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara rasmi pada 11 Ogos 2014.

Pernah dikenali dengan nama Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) semasa kami bertapak di Jordan dahulu. Kini, nama kami ditukar kepada CSM selepas bantuan diluaskan kepada pelarian Syria yang berada di Turki, Lubnan dan Malaysia.

CSM tidak cuma tertumpu kepada bantuan dalam bentuk wang, makanan, dan keperluan asas, tetapi juga berusaha memastikan anak-anak Syria mendapat pendidikan sewajarnya dan melalui zaman kanak-kanak dengan sebaiknya, sebagaimana kanak-kanak lain. Justeru, masalah Pelarian Syria adalah masalah kemanusiaan yang harus dihadapi bersama.

Semoga moto CSM iaitu “Your Help, Their Future” mampu memberi ruang harapan kepada mereka yang memerlukan dalam meneruskan hidup dengan selayaknya, sama seperti kita semua.