OHANA RICH SDN BHD

  • Kedah, Malaysia, LOT 17, BANGUNAN ARKED MARA,JALAN SHARIFF, 09100 View on Map

Overview

  • Sectors Sales / Marketing
  • Posted Jobs 0
  • SSM Registration No. 1284395D

Company Description

Ditubuhkan pada 21 Jun 2018, OHANA RICH SDN BHD adalah syarikat yang diterajui
oleh bumiputera. Bertapak di Baling, Kedah. Nama OHANA diambil dari perkataan
Hawaii yang membawa maksud Keluarga.Konsep keluarga diguna dan dipraktikkan
dalam organisasi OHANA. Hal ini kerana,syarikat yakin bahawa suasana kerja yang
bagus dan sihat dapat memberi impak positif dalam produktiviti kerja.
Selain itu,Syarikat Ohana Rich Sdn Bhd mempunyai matlamat utama iaitu untuk
menjadi pengeluar produk “multifunction color cosmetic” dan minuman kecantikkan
kepada para wanita dan lelaki. Hal ini kerana OHANA ingin mengeluarkan produkproduk yang mempunyai banyak kegunaan dengan kualiti yang terjamin yang dibuat
daripada bahan-bahan premium.
Syarikat Ohana Rich Sdn Bhd juga mempunyai 3 tujuan utama iaitu memperluaskan
rangkaian OHANA ke seluruh Malaysia. Tujuan seterusnya ialah menaikkan taraf
ekonomi masyarakat sekeliling yang tinggal di sekitar Baling, Kedah. Ohana juga
berhasrat untuk menjadi jenama terkenal di seluruh asia.
Syarikat juga mempunyai nilai-nilai yang diterapkan dalam setiap pekerja yang berada
di dalam organisasi OHANA. Antara nilainya ialah pantas, jujur, kerjasama,
berintegriti, berinovasi, berkeyakinan dan mempunyai sikap atau personaliti yang
bagus.
Sehingga kini OHANA mempunyai 5 rangkaian produk iaitu Ohana Whitening Lotion
Expert, Ohana Everyday Lipmatte, Ohana Whitening Cleansing Gel, Ohana Blusher
dan Ohana Lipmatte The King’s Edition. Semua produk ini dipasarkan ke seluruh
Malaysia dan dipromosikan menggunakan platform jualan atas talian (online)
termasuk media sosial,shopee, Lazada , eksekutif jualan dan ejen.
Bisnes pada tahun 2018 agak mencabar dan syarikat perlu mengikut trend pasaran
semasa. OHANA banyak menbuat kajian terhadap permintaan produk yang menjadi
pilihan masyarakat Malaysia terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah
kulit dan menjejaskan keyakinan diri mereka. OHANA yakin bahawa syarikat mampu
memasarkan dan memperluaskan pasaran untuk membantu ekonomi Malaysia
seterusnya menjadi salah satu syarikat yang boleh mengurangkan kadar pengangguran
rakyat Malaysia khususnya Kawasan setempat.