Overview
-
Sectors Others
-
Posted Jobs 0
-
SSM Registration No. PPM-012-02-06102021
Company Description
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKUKM) telah diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz
Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub dan telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2021.
PKUKM telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi ingin
menjadikan PKUKM sebagai satu platform NGO untuk seluruh umat Nabi Muhammad SAW
sama-sama membantu golongan fakir miskin untuk kehidupan yang lebih baik. Tujuan PKUKM
diasaskan adalah dengan semangat untuk menggalakkan perubahan positif dan mewujudkan
masa depan yang lebih baik kepada golongan asnaf bermula di negeri Kedah dan di masa
hadapan akan berkembang ke seluruh Malaysia dan antarabangsa, insyaAllah. Kami percaya
bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan,
perlindungan, serta penjagaan kesihatan. Di atas kesedaran dan tanggungjawab bersama,
kami akan sentiasa memastikan bahawa hak asasi manusia ini dipertahankan.
Dari penyediaaan bantuan kecemasan, bantuan bencana alam dan sehingga melaksanakan
projek pembangunan untuk pemerkasaan komuniti, kami akan tetap komited untuk
mewujudkan perubahan yang berterusan di dunia ini.
Kami percaya bahawa setiap orang mempunyai peranan dalam menjadikan dunia tempat
yang lebih baik. Sama ada ia melalui aktiviti sukarelawan, memberi sumbangan atau hanya
menyebarkan hal berkaitan aktiviti kebajikan, kami menjemput anda untuk menyertai kami
dalam misi untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.
Terkini, PKUKM sedang menjalankan Projek Perumahan Asnaf dan rumah yang akan
didirikan adalah untuk 6 keluarga asnaf yang berkelayakan. InsyaAllah, projek ini dijangka siap
pada akhir tahun 2023.
Terima kasih kepada semua penginfak yang telah bersama-sama kami untuk membantu dan
menjalankan kerja kebajikan untuk kebaikan dunia dan akhirat, insyaAllah.